Hiburan

"Lupakan iPhone 11...Jangan Masam Muka Lagi" - Chazy Nash Hadiahkan Kereta BMW Untuk Isteri!

Asraf Aided
02/10/2019
10:34 MYT
Selebriti media sosial, Chazy Nash telah menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW untuk isterinya, Fatin Morat.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Nash, kereta itu dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buat isteri kesayangannya itu.
"Rewards untuk isteri tercinta sebab tak mengeluh dengan kerenah saya, semoga awak menjadi isteri dan ibu yang baik.
"Lupakan iPhone 11 dan saya nak beli Ysuku jangan bermasam muka lagi k, i love you so much @fatinmorat," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Nash meninggalkan respon positif dan turut gembira melihat perkara tersebut.
Tahun lalu, Nash merupakan salah seorang selebriti media sosial yang menyertai cabaran PASKAL24JAM dimana peserta harus mengikuti latihan sebenar di kem Pasukan Khas Laut (PASKAL) selama 24 jam bersama KD Panglima Hitam.
Antara selebriti lain yang turut menyertai cabaran itu adalah Idris Khan, Sean Lee, Joshua Benedict, Daniel Fong, Alif Muhaimin dan Syafiq Ahmad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

gempak
04/07/2024
04:55 MYT
Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan menjalankan aktiviti persundalan dalam pondok di sebuah kebun sawit, bulan lalu.
Sukan

Polis Afrika Selatan Temukan Mayat Bekas Juara Dunia Lompat Tinggi Dengan Kesan Tembakan

gempak
04/07/2024
04:43 MYT
Polis Afrika Selatan pada Rabu mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi Jacques Freitag dengan kesan beberapa tembakan, yang dilaporkan hilang bulan lepas.
Hiburan

Seniwati Sarimah Ahmad Tak Galakkan Cucu Berlakon, Sadiq Jamil; "Nenek Mengeluh Bila Saya Masuk Sekolah Seni, Tapi Saya Buat Demi ..."

gempak
04/07/2024
04:18 MYT
Pelakon meningkat naik, Sadiq Jamil mendedahkan neneknya, seniwati terkenal Datuk Sarimah Ahmad, 82, tidak pernah menggalakkan dirinya untuk menceburi bidang lakonan.
Hiburan

“Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz

gempak
04/07/2024
02:55 MYT
Penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia hanya mengetahui mengenai insiden anak sulungnya iaitu Ayden Adrean terjatuh di tandas sekolah baru-baru ini menerusi laman sosial.
Hiburan

Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

gempak
04/07/2024
01:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan kriteria pemilihan calon suami idamannya.