Lupakan K-Pop! Eh Kacak Juga Ice Paris, Pelakon Drama Thailand Bad Genius The Series Ni

Mya Amri
Ogos 4, 2020 11:48 MYT
Pelakon Thailand, Ice Paris mendapat perhatian selepas muncul dalam drama terbaharu berjudul Bad Genius The Series.
Tidak hanya bersandar dengan wajah kacak semata-mata, Ice merupakan seorang aktor yang sangat berbakat dan berkebolehan.
Membawakan watak sebagai Pat dalam Bad Genius The Series, ternyata lakonan Ice memberikan nafas segar dengan gaya lakonannya yang bersahaja.
Walaupun episod pertama bru sahaja ditayangkan pada Isnin, namun ruangan komen di akaun Instagram Ice telah menerima reaksi positif daripada peminatnya.
Mungkin ada yang masih belum mengenali Ice?
Tidak mengapa di sini kami kongsikan foto-foto menarik pelakon kacak ini yang diambil menerusi akaun Intagramnya.
Terdahulu, Bad Genius merupakan naskhah filem bergenre suspen dari Thailand, yang pernah menarik perhatian penggemar filem dunia sekitar 2017.
Diterbitkan oleh rumah produksi yang sama membikin Project S The Series, Bad Genius The Series menampilkan barisan pelakon yang berbeza.
Drama 13 episod ini juga turut mengadaptasi jalan cerita yang serupa dengan versi filem dengan mengangkat kisah hidup empat sahabat selain ada watak-watak baharu yang diketengahkan.
Selain Ice, drama itu juga dibintangi oleh June Plearnchaya, Jaonnay Wattanasin dan Nana Paisarnpayak.
Bad Genius The Series boleh ditonton menerusi platform penstriman Dimsum bermula semalam (3 Ogos) manakala episod baru pula ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa.
#Artis Thai #Bad Genius The Series #Ice Paris