Laman Utama
Luqman Hafidz Jawab Orang Ketiga Punca Bercerai – “Saya Ada Ramai Teman Wanita Tapi…”
Pelakon dan pengarah muda, Luqman Hafidz tidak mahu memberi sebarang komen tentang dakwaan bekas isterinya bahawa orang ketiga menjadi punca perceraiannya mereka.
Malah Hafidz memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai teman istimewa mesikpun ada ramai rakan wanita.
“Soal orang ketiga, saya ‘no’ komen kerana saya tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang timbul.
“Buat masa ini saya tak terfikir untuk cari pengganti atau teman hidup baharu lagi. Tak dinafikan sebagai seorang yang baru menceburi bidang pengarahan saya berjumpa dengan ramai orang iaitu pelakon kru dan sebagainya.
“Saya akui saya mempunyai ramai teman wanita tetapi tiada yang istimewa,” jelasnya.
Luqman ditemui ketika majlis makan malam Multimedia sempena Tahun Baharu Cina di Nexus Bangsar, pada Jumaat.
Terdahulu, bekas isteri Luqman, Nurul Atiqah Mad Apandi yang diceraikan Jun lalu memberi bayangan orang ketiga telah menjadi punca perceraian rumah tangga mereka.
Luqman bagaimana pun meminta semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya serta bekas pasangannya demi menjalani kehidupan akan datang untuk membesarkan satu-satunya anak mereka, Eve Laura, 2 tahun.
“Saya juga tak minta nak jadi begini, siapa yang nak kahwin dan berpisah. Saya harap tiada lagi spekulasi yang timbul kerana saya juga hendak teruskan hidup ini dengan lebik baik.
“Fokus saya sekarang nak jaga dan besarkan anak saya yang kini dibawah jagaan bekas isteri...Supaya saya dapat berikan yang terbaik untuknya,” pintanya.
Sebelum ini, status rumah tangga Luqman menjadi teka-teki ramai apabila pelakon berkenaan tidak lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial.
Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Eve Laura yang kini berusia hampir dua tahun.