Pelakon Luqman Hafidz disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru dan ditahan di wad sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, memaklumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

"Terima kasih yang mendoakan. Buat yang bertanya, ada jangkitan di paru-paru dan juga sakit kepala yang memang tak boleh tahan.

"Siapa kenal pakar neorologi. mesej saya ya, saya nak minta pandangan lain. Doakan semuanya okay. Terima kasih," tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, difahamkan Luqman berada dalam keadaan stabil.

"Petang tadi buat degil turun bawah sebab dah bosan duduk wad, naik atas kena nebulizer balik," tulisnya.

Pelakon drama Selafaz Cinta itu juga turut berkongsi paparan laporan perubatan dirinya selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Ptg td buat degil turun bawah sebab dah bosan duk wad, naik atas kena nebulizer balik?. . Terima kasih yg mendoakan, buat yg bertanya, ada jangkitan kat paru2 dan juga sakit kepala yg mmg tak boleh tahan. Siapa kenal neorology pm ye, sy nak mintak second opinion. Doa kan semuanya okay. Terima kasih?.

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx) on


Perkongsian Luqman itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar pelakon filem Ola Bola itu cepat sembuh seperti sedia kala.

"Cepat sembuh bro," tulis pelakon Hafidz Roshdi.