Penyanyi Luqman Podolski tersipu malu saat penyampai radio Gempak Hit Era, Isha Norsham bertanyakan mengenai Wanita idamannya.

Meskipun begitu, Luqman terbuka mendedahkan tiga ciri-ciri Wanita idamannya dalam segmen bersama Isha di radio Era semalam.

“Apa yang penting mesti lah dia perempuan…(katanya berseloroh), berambut panjang….perempuan yang ‘sporting’ dan tak segan,” beritahunya.

Dalam segmen bersama Isha dari jam 1 hingga 4 petang itu, Luqman turut mengulas sendikit mengenai maksud lagu baharunya berjudul Ring Ring.

Selain Luqman, Isha yang juga pengacara Gempak TV itu bakal menghubungi selebriti terutama penyanyi untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka termasuk bertanyakan mengenai isu-isu semasa untuk segmennya di radio Era.

Nantikan ramai lagi selebiriti yang akan ditemubual Isha dalam segmen Gempak Hit Era setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Bagi yang terlepas dan mahu mendengar ulangannya boleh ke YouTube Era.