Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

Gempak
11/11/2024 13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.

Menerusi lagu “Delta Shine” bersama pemuzik Latin-Amerika, Antonio Vergara, penyanyi itu menerima pencalonan dalam kategori Album Blues Kontemporari Terbaik.

Album Blues Kontemporari Terbaik

Bagi Meta, pencalonan ini membawa makna lebih daripada kejayaan peribadi iaitu menonjolkan potensi artis Malaysia untuk bersaing dan cemerlang di pentas dunia.

“Bagi artis bebas, menjadi sebahagian daripada album yang dicalonkan untuk Grammy membawa makna lebih daripada penghormatan itu sendiri.

“Tanpa sokongan label besar, ia adalah pengesahan terhadap dedikasi seseorang untuk mencipta sesuatu yang bermakna, seperti memutar emas dari jerami di tengah-tengah hingar-bingar,” kata Meta memetic laporan portal Free Malaysia Today, pada Isnin.

BERITA TRENDING: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal

BERITA TRENDING: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali

BERITA TRENDING: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais

BERITA TRENDING: Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’



Pencalonan untuk anugerah Grammy 2025 diumumkan pada Jumaat lalu dan Meta berharap untuk mendapat sokongan pada malam terbesar muzik itu di Los Angeles pada 2 Februari depan.

Walaupun Meta adalah penyanyi Malaysia pertama yang terlibat dalam pencalonan Grammy, komposer kelahiran Malaysia, Zuraini Khalid Zonneveld sebelum ini, telah memenangi Grammy untuk album blues.

Zuraini yang berpangkalan di AS menulis lagu, “One Friend” bersama pemuzik blues Amerika, Keb’ Mo, dalam album “Keep It Simple” yang memenangi Grammy untuk Album Blues Kontemporari Terbaik pada 2005.

Seorang lagi Malaysia-Amerika yang bersinar adalah Phil Tan, seorang jurutera audio dan pencampur yang memenangi Grammy tiga kali dan dicalonkan 14 kali.

Impian Meta untuk membariskan namanya dalam senarai Anugerah Grammy bermula apabila dia didekati oleh Vergara untuk berkolaborasi dalam “The Fury.”

Vergara, yang dikenali dengan muziknya yang penuh emosi, sedang mencari suara baharu untuk memberi dimensi baru kepada albumnya.

Gaya vokal unik Meta menjadikannya pilihan sempurna untuk projek ini.

Meta berkata, apabila dia menerima jemputan daripada Antonio untuk menyertai album blues itu, dia menyedari bahawa itu adalah peluang untuk meneroka satu lagi saluran ekspresi.

“Pencalonan Grammy untuk album Antonio dan, seperti yang dikatakan oleh beliau dengan murah hati, ‘album kami’, adalah bukti bahawa setiap malam yang lewat, setiap keyakinan diri dan setiap detik yang dihabiskan untuk menghasilkan muzik yang autentik benar-benar bermakna.

“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan menjadi sebahagian daripada sesuatu seperti ini. Ia adalah penghormatan untuk bekerja dengan pemuzik yang begitu berbakat dan dihargai oleh industri dengan cara ini.

“Ia adalah peringatan bahawa, sebagai artis bebas, walaupun tanpa sokongan penuh industri, kuasa ketekunan, kreativiti, dan hubungan boleh bergema di pentas global, mengubah impian yang diperoleh dengan susah payah menjadi kenyataan,” katanya.

Meta juga terus terlibat rapat dengan projek muziknya bersama sahabatnya dari Amerika, Denise Dimin.

“Denise memberi saya semangat untuk terus maju, mendorong saya untuk mengejar kolaborasi yang memperluas jangkauan artistik saya.

“Ini membawa kepada projek seperti Descendents (79 bahasa) dalam kategori Album Muzik Global dan album saya sendiri, Next, bersama Denise dalam kategori Album Vokal Pop Tradisional.

“Kedua-dua album itu juga berada dalam senarai pencalonan Grammy terkini,” katanya.

Sumber: FMT & Awani

#Penyanyi #Grammy #Anugerah #Pertama #meta #lyia
;