,
Hiburan

M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

Mya Amri
10/08/2024
15:07 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M Nasir membuat kejutan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di konsert Dato’ M N45ir Cipta sebentar tadi.
Lebih istimewa lagi, M Nasir telah menyediakan pulut kuning istimewa buat beliau dan juga menyampaikan lagu berjudul Allah Selamatkan Kamu, nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Dalam pada itu, M Nasir juga turut menyampaikan lagu berjudul Phoenix Bangkit khas ditujukan buat Perdana Menteri dan rakyat Palestin
“Lagu ini istimewa saya tujukan kepada Anwar Ibrahim. Selamat hari lahir PMX. Saya bukan bagi kek ya tapi saya beri pulut kuning,” katanya sambil tersenyum.
Terdahulu, konsert Dato’ M N45ir Cipta merupakan hadiah M Nasir kepada peminat setelah 45 tahun dalam industri seni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.