M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26
Gempak
23/11/2024 04:50 MYT
23/11/2024 04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Nash atau Nashrudin Elias yang terkenal dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ pula akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.
Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan dan menyampaikan ijazah kepada graduan pada sesi pertama esok.
“Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. menjadi rakan strategik UPSI melalui MoU sejak 2016 sehingga sekarang.
“Sumbangan M. Nasir sangat besar dalam mengangkat martabat dunia seni muzik dan mencapai tahap berprestij dan signifikan dengan pembangunan pendidikan negara dan pemikiran rakyat menerusi muzik,” katanya hari ini.
Seramai 7,172 graduan akan menerima sijil masing-masing sepanjang istiadat konvokesyen berkenaan.
Sumber: Kosmo!
BERITA TRENDING: Lagu ‘Suatu Hari Di Hari Raya’ Berkumandang Di Konsert M N45IR Cipta 2, Ruang Axiata Arena ‘Dihujani’ 10,000 Keping Duit Raya
M. Nasir atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Mohamed yang memulakan karier seni pada tahun 1979 akan menerima Kehormat Doktor Persembahan pada konvokesyen berkenaan.Nash atau Nashrudin Elias yang terkenal dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ pula akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.
Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan dan menyampaikan ijazah kepada graduan pada sesi pertama esok.
BERITA TRENDING: M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta
Naib Canselornya, Prof.Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pengalaman M. Nasir dalam dunia seni selama lebih empat dekad melayakkan beliau menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021.“Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. menjadi rakan strategik UPSI melalui MoU sejak 2016 sehingga sekarang.