Festival rock legenda Rockaway 2020 bakal kembali menggegarkan dengan nama-nama besar industri seni.

Festival yang diadakan sejak tahun 2009 itu mempertaruhkan Datuk M.Nasir, kumpulan XPDC, kumpulan Hujan, kumpulan Masdo, Kyoto Protocol, Toko Kilat dan ramai lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Iqbal Ameer, tahun 2020 merupakan masa yang tepat untuk muzik rock kembali.

“Muzik rock mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia dan kami merasakan ini masa yang sesuai untuk memberi penghargaan kepada ikon-ikon rock legenda serta barisan artis-artis baru,” katanya menerusi satu kenyataan.

Rockaway 2020 akan diadakan pada 14 hingga 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Festival ini turut akan dimeriahkan dengan penampilan artis luar negara yang masih belum diumumkan namanya.

Tiket VIP telah habis dijual dan anda boleh mendapatkan tiket di ruangan Rockzone secara atas talian di www.galactix.asia/rockaway-festival-2020.