Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Ma Satu-Satunya Syurga Saya Sampai Bila-Bila" - Mengaku 'Anak Emak', Fizo Omar Buat Kejutan Untuk Ibu Tercinta!

Amri Hassan 19/07/2019 | 12:32 MYT

Pelakon Fizo Omar menyifatkan keberkatan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapinya selama ini adalah berkat daripada doa dan restu ibunya, Hasnah Jidin.

Mengakui dirinya 'anak emak' sepertimana dakwaan segelintir pihak, kata Fizo dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan arwah bapanya untuk menjaga dan menyantuni ibu serta keluarganya.
"Definisi yang saya faham tentang istilah 'anak emak' ialah anak yang menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya.
"Setelah apa yang saya lalui dalam hidup, saya akui saya memang anak emak dan bukan sejak berkahwin dengan Mawar tetapi sejak menjadi artis lagi.
"Saya datang ke Kuala Lumpur pun tinggal berdua dengan ibu saya.
"Jadi, hubungan saya dengan ibu takkan berakhir sampai bila-bila. Dia satu-satunya syurga saya dan saya bersyukur masih berpeluang untuk memeluk dan mencium ibu saya setiap hari. Itulah punca rezeki saya, tak salah pun.
"Malah kalau ada isteri sekalipun, dia perlu faham tanggungjawab saya sebagai anak lelaki yang perlu mengutamakan ibu saya," kata Fizo ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.
Dalam pertemuan singkat itu juga, Fizo berkesempatan untuk membuat kejutan buat ibunya sempena hari jadi Fizo sendiri pada hari ini.
"Setiap tahun saya akan memberikan hadiah kepada ibu saya dan tahun ini dia menyatakan keinginan untuk membeli kerusi urut baharu.
"Apa yang menyedihkan apabila dia sendiri mengumpul duit untuk membeli kerusi urut baru.
"Kemudian saya berpakat dengan pasukan saya untuk membuat 'prank' kononnya dia terbeli kerusi urut baru dan perlu membayar RM20,000.
"Tak sangka pula 'prank' ini sampai membuatkan dia menangis. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih pada ibu saya," tambah Fizo.
Fizo meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 pada hari ini (19 Julai 2019) disamping kehadiran anak tersayang, Wan Maryam, 2.
"Mawar ada mengirimkan ucapan hari jadi buat saya dan hubungan kami masih baik. Tidak ada kekurangan cuma mungkin berbeza sedikit, kembali ke kehidupan dahulu seperti sebelum saya mendirikan rumah tangga," ujar Fizo lagi.

#pelakon #Fizo Omar #Pelakon #Hari Jadi
;