“Maaf Ayah… Tak Sempat Belikan Skuter…” - Anak Ridzuan Hashim Terkilan Tak Dapat Tunaikan Permintaan Terakhir Bapa
Mya Amri
06/05/2023 12:50 MYT
06/05/2023 12:50 MYT
Anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Diyana akui seolah-olah hilang semangat selepas pemergian bapa kesayangannya.
Dayana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memberitahu bahawa bapanya adalah sumber kekuatannya.
“Punca kekuatan Nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah… Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.
“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi pagi?
“Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?
“Kadang dah hujung hujung Nana tak ada sangat duit pun kalau ayah minta order makan, tak pernah cakap tak boleh, tak ada duit, tak pernah yah.
“Nana akan cuba sedaya upaya untuk mencari duit lebih sebab dah janji dengan ayah yang ayah tidak perlu bekerja lagi. Nana boleh cari duit, ayah tak perlu risau,” coretnya.
Bagaimanapun kata Diyana, dia berasa terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan skuter elektrik sepertimana dihajahatkan oleh bapanya.
“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nana jumpa ayah selalu okay?
“Ayah dah tak penat dah sekarang. Tiada dah ayah telefon Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah dan saya gembira untuk ayah.
“Tapi maaf ayah, tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat,” tulisnya.
Ridzuan atau Mohd Ridzuan Hashim, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992.
Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama dan berpisah pada 2002.
Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.

#Meninggal Dunia
#Ayah
#Skuter
#Ridzuan Hashim
#Terkilan
#Luahan Anak
#Permintaan Terakhir
#Rindu Ayah