Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Maaf Kalau Saya Tak Jawab Panggilan Atau Balas WhatsApp, Ayah Saya Baru Kembali Ke Rahmatullah..." Hafreez Adam

Badrul Hashim 06/10/2019 | 14:52 MYT
Pelakon Pencuri Cinta Kelas Satu, Hafreez Adam atau nama penuhnya Hafreez Adam Aizat bin Zahalan memohon maaf kepada mereka yang cuba menghubunginya kerana dia baru sahaja kehilangan ayah yang disayangi.
Dalam satu entri di Instagramnya yang dimuat naik pada hari Ahad, Hafreez memberitahu ayahnya meninggal dunia sekitar pukul 2:00 pagi.
"Assalamualaikum semua. Saya Hafreez Adam, ingin memohon maaf kepada semua yang cuba menghubungi/whatsapp saya jika panggilan tidak dijawab atau whatsapp tak dibalas.
"Ayah saya baru kembali ke rahmahtullah pagi tadi sekitar 2am. Dan baru selesai dikebumikan tengahari tadi. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-fatihah untuk arwah," tulis Hafreez pada entri tanpa gambar itu.
Namun begitu, Hafreez tidak berkongsi lebih lanjut tentang pemergian ayahnya yang tercinta.

Assalamualaikum semua. Saya Hafreez Adam, ingin memohon maaf kepada semua yang cuba menghubungi/whatsapp saya jika panggilan tidak dijawab atau whatsapp tak dibalas. Ayah saya baru kembali ke rahmahtullah pagi tadi sekitar 2am. Dan baru selesai dikebumikan tengahari tadi. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Thanks ??

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Kami di Gempak mengucapkan salam takziah kepada Hafreez, keluarga dan kenalan terdekat atas kehilangan ayah yang tercinta. Semoga Allahyarham di tempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan beramal soleh.
;