Hiburan
“Maaf Masih Gagal Jadi Yang Terbaik” Menangis Suami Abby Titip Doa Sempena Anniversary Kelima
Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Menerusi entri di Instagram, Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai berkongsi ucapan manis sempena hari istimewa itu.
“Menangis di kala ini saat jari-jemari menitip kata buat mu.
“Sayang, 5 tahun... Maaf diri ini masih gagal menjadi suami mu yang terbaik.
“5 tahun, diri ini masih rasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.
“Namun 5 tahun ini kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu.
“Kesabaran mu mengahadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan... Kau tabah hadapi segalanya walau adakalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayang mu pada diri ini.
“Ku titip doa agar Allah agar Allah tempatkan mu di syurgaNYA bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dah dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat.
“Sayang maafkan diri ini atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidup mu,” coretnya.
Terdahulu, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang pada 27 September 2019 dengan berat sebanyak 535 gram.
Bagaimanapun, Danial meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sebelum ini, Abby juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada 2016 dan 2017.