Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Maaf Mungkin Saya Tak Sempurna Di Mata Awak Tapi..."- Isteri Hafidz Roshdi Luah Perasaan?

Syafiqah Jalal 18/02/2023 | 00:44 MYT

"Maaf mungkin saya tak sempurna di mata awak," demikian antara kenyataan dalam satu kemas kini di TikTok bernama Nurul Shuhada yang dipercayai akaun milik isteri kepada Hafidz Roshdi.

Dalam video berkenaan Nurul memuat naik fotonya bersama suami mengenang saat bahagia waktu bersama.

"Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan," tulisnya.

Selepas episod pendedahan Nurul Shuhada bahawa suaminya didakwa curang dengan wanita yang dikenalinya, Hafidz telah dikecam teruk.

Malah terbaharu didakwa netizen 'buat kerja' dengan menyelongkar paparan skrin perbualan Hafidz dengan kekasihnya yang didakwa penyondol.

Malah menerusi akaun TikTok yang sama Shuhada beberapa jam selepas itu memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.

"Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin," tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada akaun terbabit milik sebenar Nurul Shuhada.

undefined

Terdahulu, Hafidz memuat naik hantaran gambar dengan keterangan mengenai kesalahan seorang manusia, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.

#Isteri #Hafidz Roshdi #Diri #Perasaan #Luah #Sempurna?
;