,
Viral

"Maaf Saya Rosakkan Hari Bahagia Awak Berdua" - Jadi Orang 'Ketiga', Gadis Ini Pecah Perut Gelak 'Spoil' Momen Sepasang Kekasih

Zulaikha Yusof
09/06/2020
01:59 MYT
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai kejadian melucukan apabila seorang gadis dengan secara tidak sengajanya memakai pakaian yang sama dengan sepasang kekasih di sebuah pusat membeli belah.
Ketika dihubungi Gempak, gadis yang bernama Nurul Atila Edeati Baharuddin, 21, menyatakan itu adalah satu pengalaman yang kelakar memandangkan ini merupakan kali pertama terjadi.
"Cerita dia macam ni. Saya yang beratur dulu kat Empire Sushi. Lepas tu, kawan saya yang cakap ada sepasang kekasih pakai baju sama dengan saya dan secara tidak sengaja mereka juga singgah di tempat sama.
"Saya terus berundur sebab nak gelak. Masa tu memang dah tak boleh tahan. Saya tunggu pasangan tu pergi dulu baru saya beratur balik untuk beli makanan.
"Saya tak terkejut pun cuma rasa benda ni kelakar sebab ini kali pertama jadi dalam hidup saya," katanya.
Tambah Atila, bukan hanya dia perasan malah pasangan itu turut menyedari apa yang berlaku.
"Semestinya mereka perasan sebab mereka yang datang ke arah saya. Saya memang dah ada dekat situ dulu.
"Kalau tengok dari video tu, nampak lelaki tu macam terkejut. Saya tak sempat nak tengok reaksi mereka sebab asyik gelak ja masatu.
"Yang mampu saya lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut," katanya sambil bergurau. Dalam pada itu, Atila berkata dia membuat keputusan untuk tidak lagi memakai baju berwarna kuning jalur biru dan putih itu.
"Saya dah taknak pakai lepasni. Tapi saya ada niat untuk bagi kat adik saya baju tu. Biar dia rasa apa yang saya rasa," katanya lagi sambil ketawa.
Rakaman video selama empat saat itu telah mendapat lebih 50,000 kicauan (retweet) dan 47,000 tanda suka (likes).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.