Laman Utama
"Maaf Saya Tak Dapat Angkat Call & Balas Mesej..." - Keadaan Wani Kayrie Masih Lemah
Penyanyi Wani Kayrie memaklumkan dia disahkan positif wabak COVID-19.
Perkara itu diberitahu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Wani, dia mengalami simptom dan kesakitan, pada masa sama menjalani kuarantin di rumah selama sepuluh hari atas nasihat doktor.
"Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Dukacita dimaklumkan saya positif COVID-19.
"Mohon doa semua ya, setakat ini saya perlu kuarantin diri di rumah selama 10 hari atas nasihat doktor.
"Antara simptom-simptom adalah demam panas, sakit kepala, batuk-batuk, selsema dan sakit tekak. Alhamdulillah deria bau dan rasa masih ada, tapi sakit dia teramat sakit, tak tipu," kongsinya.
Menjengah ruangan komen, ramai kenalan industri dan pengikut Wani mendoakan kesembuhan buatnya.
Sementara di Instagram Story, Wani memohon maaf kepada semua rakan, kenalan dan pihak media kerana masih tidak mampu membalas setiap mesej dan mengangkat panggilan setakat ini kerana keadaan yang masih lemah.
"Saya terima banyak panggilan dan mesej, minta maaf saya tak dapat nak angkat call dan balas mesej satu persatu disebabkan keadaan saya yang masih lemah.
"Ingatkan lelap sekejap dah okay, bila bangun demam makin panas dan kepala sakit yang amat, nak jalan pun terhuyung hayang macam nak pitam.
"Saya mampu baca semua mesej saja setakat ini, terima kasih rakan-rakan, kenalan, keluarga dan para media yang concern.
"Terima kasih banyak-banyak, Insya-Allah doakan yang baik-baik ya," tulisnya.
Difahamkan, Wani disahkan positif COVID-19 bersama pengurusnya dan mengalami demam teruk selama dua hari sebelum ini.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Must-Watch Video