gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Kak KM Tak Menyesal Potong Rambut, Rimas Ambil Masa Satu Jam Nak Buat Sanggul - “Tak Ada Siapa Paksa, Saya Sendiri Mahu”
HIBURAN
Bermula Sebagai Kawan, Joey Daud Mula ‘Angau’ Dengan Watie Selepas Makan Bersama - “Saya Jumpa Dia Terus Tanya…”
BERITA
Ismanira Nafi Sempat Tukar Baju Semasa Zayn Rayyan Baru Hilang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...

Amri Hassan
Amri Hassan
23/07/2025
06:26 MYT
Sponsor Banner
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
Meskipun bergelut dengan emosi menyanyikan lagu Renjana pada siaran langsung MeleTOP pada Selasa, Shiha tampil memohon maaf buat peminatnya.
Tulis Shiha di Thread, dia akui tidak dapat menyanyi lagu yang didedikasikan buat arwah bapanya itu dengan baik disebabkan larut dalam emosi sedih.
"Maaf saya tak dapat nak nyanyi dengan baik kat MeleTop tadi.
"Tak dapat nak tipu feel yang saya rasa time tu.. siapa tengok tadi?" tulisnya.
Dalam pada bergulir dengan kesedihan, Shiha turut mengumumkan akan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 kepada seorang peminat bertuah sebagai sebahagian daripada cabutan bertuah untuk kempen lagu Renjana.
"Cara untuk menyertai sangat mudah, di mana peserta hanya perlu memuat naik apa sahaja kandungan menggunakan lagu Renjana dan pastikan hashtag #renjana, #renjanashihazikir dan #renjana10K digunakan dalam setiap perkongsian," umum Shiha ketika MeleTOP.
@shihazikir SHIHA NAK BAGI RM10,000 BUAT SEORANG PEMENANG BERTUAH!! NI CARA2 NYA 👇🏻 1. Buat apa2 je content gunakan sound “Renjana” dari Shiha Zikir di aplikasi TikTok.Lagi banyak korang buat video,lagi besar peluang korang nak menang!!! 2. Gunakan hashtag #Renjana #RenjanaShihaZikir & #Renjana10K di setiap video 3. TAG @shihazikir , @Shiha Zikir Empire & @Sony Music MY ♬ Renjana - Shiha Zikir
Selain itu, para peserta juga diminta untuk tag akaun Shiha Zikir, Shiha Zikir Empire dan Sony Music Malaysia dalam hantaran mereka.
Kata Shiha, semakin banyak video yang dimuat naik, semakin besar peluang untuk memenangi hadiah wang tunai tersebut.
Shiha juga menyatakan bahawa cabutan bertuah ini akan diadakan apabila muzik video Renjana mencapai 1 juta tontonan.
"Saya akan umumkan pemenang pada awal September nanti jika muzik video Renjana telah mencecah 1 juta tontonan. Tapi kalau sampai 1 juta views lebih awal, kita akan terus lakukan cabutan bertuah," tambahnya.
Lagu Renjana merupakan ekspresi kasih dan rindu mendalam Shiha terhadap arwah bapanya, Allahyarham Mohd Zikir Abdul Hamid. Ditulis sendiri oleh Shiha bersama Zimi Sofazr, lagu ini menyentuh sisi peribadi dan emosional Shiha.
Video muziknya, yang diarahkan oleh Shiha bersama Arul, menggambarkan kenangan sebenar bersama arwah bapanya, termasuk saat memancing dan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk uji bakat.
Shiha dedikasikan semua kejayaannya, termasuk selepas menyertai Mentor, kepada arwah bapanya.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Shiha Zikir
#Hadiah
#Cabutan Bertuah
#Renjana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement