“Maaf Sepanjang Post Gambar Kat IG, Aku Tak Pernah Edit Filter Sebab...”- Dedah Ozlynn

Syafiqah Jalal
April 30, 2019 08:32 MYT
Pelakon Ozlynn Wati mendedahkan selama ini dia tidak pernah menyunting foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Ozlynn, dia berbuat begitu kerana tidak mahu orang di luar terkejut apabila melihat perbezaan wajahnya apabila berjumpa dengannya.
“Sejujurnya muka aku naik jerawat sebab shooting makeup bagai..
“dan maaf sepanjang post semua gambsr kat IG, aku tak penah edit filter bagai sebab kat mane nak adjust filter pon aku tak tahu kat mane??.. biar lah tak lawa kat IG supaya tak ada org terperanjat tengok aku real life biasa-biasa,” tulisnya.
Isteri kepada pelawak Johan itu membuat pengakuan tersebut di akaun IG miliknya.
Menerusi entri yang sama Ozlynn memuat naik fotonya bersama anak-anak untuk beriadah di KLCC.
Sementara itu, pengakuan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan turut dikurniakan lima orang cahaya mata lain iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
#Johan #Ozlynn Wati #Ozlynn #IG