Laman Utama
“Maaf Tiada Di Saat Akhir Bapak…”- Rindu Arwah Bapa, Ebit Lew Ingat Pesanannya
Pendakwah bebas serta dermawan terkenal, Ebit Lew sedih apabila tidak bersama ketika bapanya menghembuskan nafas yang terakhir semalam.
Menurut Ebit dia merindui bapanya dan masih mengingati pesanan terakhir ketika mereka berjumpa.
“Ya Allah. Rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya 'Ebit jangan risaukan bapak ya, teruskan kerja bantu orang lain ya. Teruskan dakwah dan buat baik'.
Advertisement
“Bapak kerja kuat setiap hari. Tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati dunia ni pun. Semuanya diberi pada orang lain. Suka memberi. Setiap hari merindui arwah mak..
“Maafkan ebit tiada saat akhir bapak tadi.
“Ya Allah ampuni dan redhalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. InsyaAllah nanti kita jumpa dan bersama semula disana,” katanya.
Ebit meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video saat akhir Ebit menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad.
Wajah Ebit sewaktu mengiringi bapanya hingga ke tanah perkuburan sangat tenang dan sayu tanpa menitiskan air mata.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mengucapkan takziah buat pendakwah terkenal itu.
.
Must-Watch Video