Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Maafkan Ebit Bapak…” Ebit Lew Mohon Doa, Bapa Disahkan Kanser Perut Tahap Akhir

Mya Amri 06/07/2021 | 04:50 MYT

Pendakwah bebas kesayangan negara, Ustaz Ebit Lew memaklumkan bapanya disahkan menghidap kanser perut tahap akhir.

Berita itu diberitahu Ebit menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Ebit, dia masih lagi dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari menjalankan misi kemanusiaan di Palestin dan memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapa kesayangannya buat sementara waktu

BACA: Caprice Ebit Lew Akhirnya Berjumpa Di Gaza Ramai Teruja - “Dua Hero Malaya Dah Bertemu”

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut peringkat akhir. Menanti hari. Kanser dah merebak semua.

“Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif.

“Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ya bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik-beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ya,” coretnya.

Menerusi entri yang sama, Ebit juga turut menyatakan kerinduan terhadap bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya.

“Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

“Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” coretnya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sebelum ini, Ebit pernah memaklum kesihatan bapanya semakin merosot dan mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

#Kanser #Ebit Lew #Ustaz Ebit Lew #Pendakwah Bebas #Kanser Perut
;