Berita

“Maafkan Mama Wahai Anakku Mohamad...”- Almy Nadia Selamat Kebumikan Anak Keempat

gempak
Syafiqah Jalal
14/02/2020
04:02 MYT
Sponsor Banner
“Maafkan Mama Wahai Anakku Mohamad...”- Almy Nadia Selamat Kebumikan Anak Keempat
Pelakon Datin Almy Nadia dan suaminya, Datuk Fizz Fairuz selamat kebumikan bayinya yang keguguran ketika usia 14 minggu.
Almy akui tidak kuat menghadapi dugaan tersebut namun akur dengan ketentuan Tuhan.
“Alhamdulilah selesai dengan sempurnanya. Moga tenang disana wahai anakku. Allah lebih sayangkan kami wahai anakku..
“Mama tak kuat sayang, tapi Mama kena kuat demi kakak-kakak kamu.
“Mama tahu Papa sedih, cuma Papa tak tunjuk. Maafkan mama syg @fizzfairuzofficial.
“ Maafkan Mama wahai anakku Mohamad. Jumpa disana,tunggu mama dan papa di sana,” tulisnya.
Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, kelihatan Fizz sedang bertafakur disisi pusara.
Pasangan ini kehilangan anak keempat mereka pada 11 Februari.
Bayi yang dikandung Almy difahamkan telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live