"Maafkan Salah Silap, Halalkan Segalanya" - Fendy Bakry & Ruhainies Tunai Umrah Bersama

Amri Hassan
Februari 19, 2020 11:15 MYT
Pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa teruja untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah kali pertama.
Mohon Fendy agar dimaafkan segala kesilapannya dan dipermudahkan urusannya mengerjakan ibadah itu.
"Ini kali petama saya mengerjakan umrah, sekiranya ada salah silap mohon ampunkan. Moga halalkan segalanya," katanya menerusi sepotong video di Instagram pada Rabu.
Turut sama dalam penerbangan sama ialah pelakon Ruhainies, Raysha Rizrose dan Aidit Noh.
Menerusi kemas kini akaun Instagram Ruhainies, pelakon itu turut ditemani keluarganya untuk mengerjakan umrah kali ini.
Untuk rekod Ruhainies pernah mengerjakan umrah pada 2017 bersama keluarga dan kakaknya, Risteena Munim.
Difahamkan juga, pakej umrah yang mendapat tajaan sebuah agensi tempatan itu turut disertai kru Zeel Production dan bakal menjalani penggambaran drama Seandainya Kau Ada di sana.
#Ruhainies #Umrah #Fendy Bakry