Penyanyi Tajul Ariff, 21, mengakui bertuah kerana mempunyai isteri ketika berada dalam situasi susah dan senang.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Ibu ini mendedahkan dia banyak melakukan kesilapan sepanjang melayari bahtera rumah tangga.

Perkara itu diluahkan oleh Tajul menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Ucapan itu ditujukan khas buat isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

"Happy anniversary darling saya @icaaeddie. Terima kasih sebab jadi isteri saya, dan jadi mummy kepada anak kita @adrianacarissa_ .

"Macam-macam dugaan kita lalui, maafkan salah silap saya dekat awak, dulu saya banyak dosa dengan awak, gagal didik isteri saya dengan baik.

"Saya minta maaf banyak-banyak. I love you so much!

"Semoga kita jadi lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah dengan izin Allah. Amin.

"Okay setelah 18 kali saya fikir kapsyen, kali ke-19 baru betul-betul dapat kapsyen tu.

"Masyaallah aura dia lain macam sampai kat kepala ni. Gurau guys, muah," tulisnya.

Happy anniversary darling i @icaaeddie ?❤️? tq sbb jadi isteri i, and jdi mommy kepada anak kite @adrianacarissa_ ?‍?‍? mcm2 dugaan kite lalui, maafkan slah silap i dekat you, dulu i bnyk dosa dgn you, gagal didik isteri i dgn baik. I mnyk maaf bnyk2.?? I LOVE YOU SO MUCH! smoga kite jdi lebih baik pada masa akan dtg. Insyaallah dgn izin allah. Aminn. Okay setelah 18 kali sye fkir caption, kali ke 19 ni baru betul2 dpat caption tu. Masyaallah aura dia lain mcm smpai kt kepala ni. Gurau guys? muahhh!

A post shared by ??? Official account . Tajul (@tajulofficial) on


Sebelum ini Tajul mengejutkan peminat apabila dia mendedahkan status sebenarnya yang sudah berkahwin pada 23 Disember 2017.

Tajul merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan semua pihak selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum pada Oktober lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Adriana Carissa pada 16 November lalu.