Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Maafkan Saya Semua" - Sissy Iman

Amri Hassan
23/01/2023 03:57 MYT
Selepas dikritik hingga mengalirkan air mata di pentas sebuah program nyanyian pada Ahad, penyanyi Sissy Iman tampil berkongsi luahan hatinya di Instagram.

Kata Sissy, 'kegagalan' persembahannya membuatkannya lebih sedar diri dan ruang.

"Muzik sentiasa menjadi cinta utama saya dan betul dalam seni sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedar.

"Saya tak pernah terfikir untuk berhenti dalam muzik tapi malam ini saya merasakannya, perkara yang saya belajar dan cintai sejak berusia lima tahun, tidak mencintai saya lagi.

"Saya tak pernah terfikir perkara yang saya cintai selama ini menyebabkan ramai yang tersinggung dengan nyanyian yang teruk. Maafkan saya semua," tulisnya.



Dalam pertandingan nyanyian terbabit, Sissy yang menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam rendisi keroncong mendapat kritikan hebat dari juri tetap, Mas Idayu.

Sissy yang gagal menahan sebak menitiskan air mata sambil dipujuk oleh hos rancangan terbabit, Janna Nick.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Penyanyi #Viral #Mas Idayu #Menangis #Sissy Iman
;