"Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak"- Ardell Aryana Dedah Usia Kandungan Sudah 4 Bulan!

ZULHILMI JALIL
Disember 25, 2019 01:39 MYT
Pelakon Ardell Aryana yang disahkan hamil baru-baru ini mendedahkan bahawa usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
"Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah," kongsinya.
Menerusi entri berkenaan, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.
Pendedahan Ardell itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya.
Rata-rata mereka gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk melihat Ardell bergelar seorang ibu.
"Ya Allah, empat bulan dah?! Takde alahan sayangku, jangan layan sangat jangan fikir sangat tau pasal alahan-alahan ini. Insya-Allah okay je.
"Tak sabarnya nak tengok baby macam tak percaya kita duk shoot Anakku Diva dulu sekali sekarang awak dah mengandung," komen pelakon Ramona Zamzam.
Terdahulu, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.
BACA: "Dari Bulan Lepas Teman Awak Tidur Dalam Tandas .." - Nadzmi Adhwa Sebak Isteri Hamil Anak Sulung
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
#Ardell Aryana #Nadzmi Adhwa