Laman Utama
“Maafkan Ummi Sayang” - Hasrat Bertemu Anak-Anak Di Singapura Punah, Sajat Dihantar Pulang ke Australia
Umum mengetahui yang usahawan kontroversi, Nur Sajat yang kini berada di Australia ‘enggan’ pulang ke tanah air memandangkan beberapa perkara dan isu yang melibatkan dirinya dan juga pihak berkuasa serta mahkamah.
Keengganannya untuk tidak pulang ke Malaysia turut dapat dilihat sewaktu bapanya jatuh sakit beberapa bulan lalu. Ketika itu, Sajat hanya mengirimkan wang rawatan selain melepaskan rindu menerusi panggilan video.
Terbaharu, difahamkan yang Sajat terbang ke Singapura bagi bertemu dengan anak-anaknya.
Bagaimanapun, hasrat hatinya ingin bersua muka dengan belahan jiwa tidak kesampaian apabila Sajat tidak dibenarkan masuk ke negara itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sajat yang tiba di negara tersebut tidak dibenarkan masuk dan dihantar semula pulang ke Australia.
“Ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi akur keputusan. Maafkan ummi sayang.
“Ini je peluang yang immi jumpa anak ummi. Maafkan ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia, I’m really sorry,” luahnya.
Sebelum ini, Sajat difahamkan akan datang ke Singapura atas urusan perniagaan dan kesempatan itu juga digunakan untuk dengan anak-anaknya.
Mengikut informasi yang dikongsi, Sajat sepatutnya berada di Singapura pada 16 hingga 18 September untuk menghadiri ekspo The Wedding Asia 2022.