Laman Utama

“Mabuk Ketika Mempunyai Suami Adalah Hebat” – Pengakuan Terbuka Alicia Amin Undang Amarah Netizen

gempak
Fiza Kamarudin
29/03/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Mabuk Ketika Mempunyai Suami Adalah Hebat” – Pengakuan Terbuka Alicia Amin Undang Amarah Netizen
Model dan pelakon Alicia Amin sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila membuat pengakuan berani menerusi ciapannya di laman sosial Twitter.
Menerusi ciapan tersebut, Alicia secara terbuka membuat pengakuan dia berasa hebat ketika suami ada bersamanya disisi.
Katanya dia tidak tahu bagaimana selama ini dia mabuk tanpa suami disisi tanpa memikirkan soal keselamatan.
Kini dia berasa lebih yakin dan selamat, malah bangun seawal jam 8 pagi kerana suami akan mengejutnya untuk meminum air masak sepanjang malam.
Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan Alicia dan menganggapnya terlalu berani mendedahkan kehidupan sosialnya kepada umum.
Bagaimanapun Alicia dilihat telah menjawab kecaman netizen dengan jujur dengan memberitahu dia tidak akan berpura-pura kononnya tidak mengambil alkohol.
Dalam perkembangan lain filem terbaru Alicia berjudul Salina kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.
Selain Alicia, pelakon lain yang turut membintangi filem arahan Raja Muhkriz itu ialah Pekin Ibrahim, Mona Allen, Aleeza Kassim dan ramai lagi.
Alicia dan suaminya seorang doktor dikenali sebagai Farzan, mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024