VIRAL
MAC Jelaskan Program 'Outreach' Di Kelantan Bukan Parti Tapi Usaha Cegah HIV Secara Komuniti
Majlis AIDS Malaysia (MAC) tampil memberikan penjelasan berhubung program outreach yang diadakan di Kemumin, Kota Bharu pada 17 Jun lalu selepas sesi tersebut disalah tafsir susulan serbuan pihak polis.
Menurut MAC, program tersebut berlangsung dari jam 8 malam hingga 2 pagi dan merupakan pendekatan strategik di bawah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyampaikan perkhidmatan pencegahan HIV secara inklusif, berkesan dan berteraskan komuniti.
Dalam kenyataan media, MAC memaklumkan lebih 70 klien daripada komuniti berisiko tinggi telah hadir dan menyertai program tersebut.
“Program diadakan selepas waktu pejabat bagi memastikan golongan bekerja juga berpeluang mendapat akses kepada maklumat serta perkhidmatan berkaitan HIV,” kata MAC.
Program turut melibatkan kerjasama dengan Klinik Kesihatan Kota Jembal, di mana peserta diberi taklimat mengenai risiko jangkitan HIV, kaedah pencegahan, serta maklumat berkenaan rawatan antiretroviral (ARV) yang berfungsi untuk mengawal virus dan mengelakkan penularan.
Selain itu, saringan HIV berasaskan komuniti turut dijalankan secara profesional dan sulit. Setiap sesi saringan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit dan dijalankan sehingga lewat malam bagi memastikan kesemua 70 klien menerima pemeriksaan serta sesi kaunseling sewajarnya.
“Bagi klien dengan keputusan reaktif, mereka diberikan kaunseling ringkas oleh pegawai perubatan yang hadir dan dirujuk ke klinik kesihatan untuk rawatan lanjut,” tambah MAC.
MAC juga merakamkan penghargaan kepada petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Kota Jembal atas sokongan dan kerjasama mereka dalam menjayakan sesi tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan satu serbuan dibuat oleh pihak polis terhadap perjumpaan melibatkan hampir 100 individu di sebuah banglo di Kemumin, di mana beberapa barangan termasuk kondom dan ubat berkaitan HIV turut dirampas.
MAC menjelaskan kehadiran barangan tersebut adalah sebahagian daripada bahan program kesihatan dan bukan berkaitan aktiviti tidak bermoral.