Pelakon Mimi Lana berkongsi sekeping foto bersama bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle ketika menghadiri sebuah program televisyen.

Turut kelihatan dalam foto tersebut adalah pelakon Azira Shafinaz.

Perkara itu telah mencuri tumpuan wargamaya selepas Mimi dan Syafiq tidak kelihatan bersama selepas putus cinta baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut Mimi mengusik seandainya mereka kembali menjalin hubungan cinta.

Pada masa yang sama, ada juga peminat yang memuji sikap profesional dua pelakon itu dalam urusan kerja mereka.

"Get back la sis.

"How can you guys still work together, kalau aku memang tak lah nak tengok muka ex dah.

"Dah get back ke ni?

"Wah! Macam ada bau-bau cinta kembali.

"Professional," tulis wargamaya.

Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ? @garniermalaysia ✨

A post shared by MIMS (@missmimilana) on






Menerusi laporan Gempak pada 4 Jun lalu, Mimi mengakui hubungan cintanya dengan Syafiq telah berakhir.

Walaubagaimanapun, Mimi ketika itu enggan mendedahkan punca hubungan mereka terlerai.

BACA : Mengaku Hubungan Dengan Syafiq Kyle Berakhir, Mimi Lana Enggan Dedah Sebab Putus Cinta