Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Macam Ada Bisikan, Siap Tangan Saya Ditarik” - Shaza Bae Terpaksa Dibacakan Ayat Kursi Sebab Kena Gangguan? Allahuakbar!

Hanafis Haris
01/12/2021 02:55 MYT

Pelakon jelita Shaza Bae berkongsi kisah menyeramkan apabila dia diganggu makhluk halus ketika penggambaran drama seram komedi berjudul Jangan Ganggu Jodohku.

Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah inap desa di set penggambaran.

Menurutnya, kejadian aneh itu mula dirasai sebaik saja selesai waktu solat Maghrib.

“Saya bawa watak Aliza yang mampu melihat makhluk halus. Malah, memang banyak babak saya kena rasuk dalam drama ini.

“Tapi jalani pengambaran untuk babak pembukaan cerita dalam episod satu, ada sesuatu yang aneh berlaku.

“Ketika itu itu saya berada di atas pelamin, sedang ingin berkahwin dan kemudian saya dirasuk.

“Tapi peliknya sebelum itu saya dah rasa seram sejuk. Macam tak sedap badan dan jantung rasa berdegup kencang.

“Untuk babak itu juga saya perlu menjerit, jadi ketika saya menjerit tu, kemudian jeritan tersebut terputus sebab saya rasa macam ada orang tarik tangan saya,” katanya.

Jelasnya, disebabkan kejadian itu, penggambaran terpaksa dihentikan dan dia dibawa masuk ke dalam bilik.

“Saya terus dibawa masuk ke dalam bilik untuk dibacakan ayat Kursi. Lepas dibaca ayat Kursi saya terus menangis.

“Saya rasa sayu sangat tapi tak tahu kenapa…rasa nak menangis saja,” katanya.

Tambahnya, ketika kejadian juga dia merasakan seperti ada seseorang yang berbisik di tepinya.

“Seolah-olah ada bisikan di telinga dan saya mula rasa lain. Jadi penggambaran terpaksa dihentukan kerana keadaan agak tak terkawal,” katanya.

Shaza berkata demikian ketika sesi sidang media drama Jangan Ganggu Jodohku ang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Drama Jangan Ganggu Jodohku telah memulakan siarannya setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di slot Megadrama, Astro RIA.

Bagi yang terlepas tonton, anda juga boleh saksikannya menerima platform Astro Go.








#Drama #Seram #JanganGangguJodohku
;