Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Macam Amy Mat Piah Si Fir Ni! Poyo…” – Lakonan Sulung Amir Masdi Dalam Ahli Bapak-Bapak Club Dipuji Peminat

Fiza Kamarudin
09/06/2021 08:27 MYT
Penyanyi dan komposer, Amir Masdi tidak menyangka lakonan sulungnya di dalam drama bersiri Ahli Bapak-Bapak Club (ABBC) mendapat respon positif peminat.

Amir yang memegang watak sebagai Fir Maulana ketika dihubungi Gempak mengakui terkejut apabila kehadirannya disedari penonton ABBC.

“Sebenarnya, saya terkejut bila ada yang kata watak poyo Fir Maulana tu menjadi. Ini percubaan pertama saya dalam bidang lakonan dan saya terharu bila ada yang suka.

“Fir memang seorang yang poyo, maklumlah dia kan penyanyi popular. Dapat pula keluar dengan instafamous cantik jelita.

“Ramai juga yang kata Fir tu poyo, tapi Amir Masdi tak poyo macam Fir lah,” katanya ketawa.

Ketika ditanya mengenai watak Fir mempunyai persamaan dengan Amy Mat Piah (Rock Oo), Amir berkata terlalu jauh dirinya jika hendak dibandingkan dengan Que Haidar.

“Watak Fir dengan Amy Mat Piah tu mungkin ada persamaan dekat ‘poyo’ diaorang tu…tetapi kalau bandingkan saya dengan Que Haidar memang jauh lagi.

A post shared by AM (@amir.masdi)


“Que Haidar seorang pelakon berbakat besar. Rasanya bakat-bakat baru yang ada semua pun mahu jadi berbakat dan sehebat beliau.

“Saya juga banyak yang perlu dipelajari kalau mahu jadi seperti Que Haidar,” katanya.

Drama bersiri ABBC bersiaran pada setiap Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam mulai 19 Mei 2021 secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.

Antara topik perkongsian menarik yang akan ditampilkan ialah ‘Cara Nak jadi Cool Dad’, ‘Trend Kesukaan Anak’, ‘Waktu Terbaik Untuk Me Time Seorang Bapak’ dan banyak lagi.
#Penyanyi #Komposer #Amir Masdi #Ahli Bapak-Bapak Club
;