Suasana pusat kuarantin pesakit COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sekali lagi menjadi tumpuan dan kali ini gambarannya dilihat lebih meriah.

Video berdurasi 32 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Syahida.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan kesemua pesakit kini berada dalam keadaan sihat dan aktif melakukan aktiviti riadah.

Malah, ada juga yang bergurau senda melakukan tarian dan acara ‘fashion show’ serta aktiviti menyanyi.

Tambah manis, terdapat juga tarian beramai-ramai yang turut disertai jururawat bertugas di sana.

Biarpun ada yang menganggap video tersebut lebih menunjukkan keseronokan jika dijangkiti COVID-19, namun rata-ratanya menyifatkan ia sebagai satu mesej positif.

Biarpun dijangkiti dengan virus tersebut, hidup tidak semestinya suram dan dibebani tekanan.

Pada masa sama, tidak kurang juga yang menyamakan penempatan MAEPS itu sebagai asrama ‘bapak-bapak’.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

@syhdysra

Their other activities ? #fyp #foryou #maepsserdang

♬ She Share Story (for Vlog) - 山口夕依