Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Macam Bapa Bawa Anak Pergi Cucuk!”- Takut Jarum, Anzalna Nasir Terpaksa Ditemani Suami

Syafiqah Jalal
18/08/2021 10:07 MYT
Pelakon Anzalna Nasir akui gementar saat menerima dos vaksin Covid-19 kerana terlalu takut dengan jarum.

Lebih melucukan, Anzalna memberitahu dia terpaksa ditemani suaminya, Hanif Zaki untuk ke pusat pemberian vaksinasi (PPV) baru-baru ini.

“Macam bapa bawa anak pergi cucuk! Sebelum masuk bukan main yakin tapi bila nampak jarum terus rasa nak balik! Hampir nak jadi macam Asif!

“Masalah besar bila takut dengan jarum. Padahal tak sakit apa pun! Alhamdulillah selamat dah.

“Thank you to our frontliners walaupun penat but yet you still boleh layan bermacam kerenah. You guys are the best!,” tulisnya.

Anzalna berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video yang dirakam suaminya ketika menerima suntikan berkenaan.

Dalam video tersebut, menyaksikan gelagat Anzalna yang dipujuk oleh suami dan doktor supaya bertenang dan tidak gementar.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian rakan artis serta pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai raksi terhadap Anzalna.

“Nampak gementar tapi still cantik,” komen salah seorang pengikutnya.

“Pegi vaksin pon cantik sangat Anzalna,” puji salah seorang warga maya.

“Muka cuak sangat tuu,” kata salah seorang netizen.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia dua tahun.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

#Anzalna Nasir #Suami #Vaksin #COVID-19 #Cucuk
;