Hampir setahun tidak menghadirkan single terbaharu, penyanyi, Sufian Suhaimi akhirnya muncul dengan naskhah berjudul Cinta Tak Bertepi sebagai mengubati kerinduan peminat.

Sufian menerusi hantaran di Instagram miliknya sebelum ini memuat naik sedikit petikan lagu tersebut bersama poster promosi memperlihatkan dia di dalam kolam renang.

“Macam dah lama sangat tak release lagu, tak mandi pool.” tulis pemuda berusia 29 tahun yang turut meluaskan kerjaya seninya sebagai pelakon baru-baru ini.

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_)


Lagu bergenre pop balada berdurasi 3 minit 46 saat itu masih mendapat sentuhan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.

Kolaborasi mereka bersama Sufian menerusi Janji pada Februari tahun lalu menunjukkan kecemerlangan apabila tersenarai sebagai salah satu lagu tempatan tertinggi distrim di JOOX.

Waktu sama, Aries Music Sdn. Bhd. selaku syarikat rakaman Sufian menjelaskan bahawa penggambaran video muzik lagu ini belum sempat dilakukan memandangkan masih tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cinta tak Bertepi dilancarkan secara rasmi di YouTube Aries Music dan seluruh platform penstriman muzik semalam.

"Terima kasih untuk sokongan. Muah!" ringkas kongsi Sufian kepada Gempak malam tadi mengenai single itu.