Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Macam Dalam Movie, Isteri CEO OceanGate Yang Maut Dalam Ekspedisi Cicit Mangsa Titanic

Maliah Surip
23/06/2023 04:25 MYT
Dunia saat ini sedang memberi tumpuan terhadap tragedi letupan kapal selam yang sebelumnya dilaporkan hilang dalam ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic di perairan tenggara Kanada.

BACA: Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Titanic, 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia

Kapal selam yang dikenali sebagai Titan daripada syarikat pengendali OceanGate Expedition itu dilaporkan hilang daripada radar hanya selepas sejam 45 minit selepas masuk ke dasar laut pada Ahad lalu.

Namun hari ini, syarikat tersebut mengumumkan Titan telah meletup berhampiran Titanic dan mengorbankan kesemua lima penumpangnya.

Titan diketahui dikemudi seorang jurupandu bersama empat pelancong dengan setiap seorangnya membayar sekitar RM1.5 juta untuk ekspedisi menjelajah kapal legenda, Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik pada tahun 1912.

Pelancong yang dibawa Titan pula bukan calang-calang. Ini termasuklah Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Perancis, hartawan bapa dan anak serta bilionair British, Hamish Harding.

Selain melaporkan kerja-kerja menyelamat yang semakin kritikal lantaran mangsa kekurangan bekalan gas, ada cerita menarik yang dikongsikan oleh Dailymail.uk.

Media tersebut mendedahkan isteri kepada CEO OceanGate yang juga merupakan pilot dalam ekspedisi tersebut, Stockton Rush iaitu Wendy Rush mempunyai kaitan dengan sejarah penumpang Titanic.



Wendy didakwa merupakan cicit kepada wanita bangsawan yang dikenali sebagai Isidor.

Isidor mati bersama suaminya, Ida Straus merupakan pengasas bersama syarikat terkenal Macy bersama anggota keluarga yang lain.

Pasangan ini mati bersama lebih dua ribu penumpang lainnya. ‘Cara’ Isidor meninggal dunia bersama suaminya yang berbaring di atas katil sementara kapal dipenuhi air turut dipaparkan dalam salah satu babak filem James Cameron yang ditayangkan pada tahun 1997.

Ironi, pasangan tersebut telah ditawarkan untuk keluar daripada kapal yang bakal karam tersebut namun Isidor menolaknya sehingga dia tahu semua kanak-kanak dan wanita yang lain diselamatkan terlebih dahulu.

Isidor malah memberikan jaket keselamatan kepada orang gajinya, Ellen Bird agar dia tidak kesejukan sewaktu berlayar dengan bot kecil yang menyelamatkan mereka.

Menurut laporan sama, Wendy merupakan anak kepada anak Isidor dan Ida, Minnie yang berkahwin dengan seorang doktor pada tahun 19905.

Wendy sendiri telah ‘menziarah’ Titanic tiga kali dalam masa dua tahun bersama suaminya.

Kini sejarah seperti berulang apabila suaminya juga menemui ajal di dasar laut, berdekatan dengan kapal persiaran mewah Titanic yang mengorbankan moyangnya.

#Titanic #Meletup #Maut #Kapal Selam #Ekspedisi #OceanGate
;