Macam Detektif! Netizen Berjaya Korek Lokasi Rahsia Sajat... Kolam Renang, Alas Meja, Sofa, Pokok Bunga Semua Sama!
Amri Hassan
03/06/2021 02:50 MYT
03/06/2021 02:50 MYT
Keberadaan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat masih menjadi tanda tanya. Biarpun aktif mengemaskini akaun media sosialnya, tiada sesiapa tahu lokasi sebenar pelantun lagu Bobo Di Mana itu berada.
Sejak awal minggu ini, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sering berkongsi fotonya bersantai dan berbikini di tepi pantai.
Katanya, dia kini sedang menikmati percutian musim panas dan ingin bebas seperti air laut.
Bagaimanapun, kebebasan Sajat itu membuka ruang kepada netizen untuk menyelongkar dan membongkar lokasi rahsia terbabit.
Menerusi posting seorang pengguna di Facebook, lokasi Sajat itu secara kebetulan sama dengan tempat yang pernah dilawatinya sebelum ini.
Baik sofa, kolam renang, pokok bunga, dinding, dekorasi taman, alas pinggan dan kawasan pantainya, semuanya kelihatan mirip dengan lokasi terkini Sajat.
Meneliti ruangan komen kemaskini pengguna Facebook terbabit, ramai yang meneka lokasi tersebut berada di sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Namun, tekaan itu semuanya salah apabila ada pengguna lain tampil memberikan bukti berserta gambar dari carian Google!
Villa yang dimaksudkan itu merupakan Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di Hua Hin, Thailand.
Dianggarkan harga penginapan di villa terbabit serendah RM456 hingga RM3,645 semalaman.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.
Difahamkan, Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
BACA: Muhammad Sajjat Mungkin Di Luar Negara - PDRM
BACA: Sawatdee Khrab! Sajat Bersembunyi Di Thailand, Adakah Guna Laluan Tikus Atau ...
BACA: Sajat Dipercayai Sudah Di Luar Negara, KPN Pujuk; "Balik & Pergi Mahkamah"
BACA: "Tak Baik Kata Kita Menyorok, Muka Cantik Macam Ni Nak Menyorok?" - Sajat