Pelakon Mimi Lana mencuri tumpuan wargamaya apabila memuat naik sekeping foto dirinya berhijab dan dikatakan mirip primadona filem melayu Erra Fazira.

Menerusi laman sosial Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 26, berkongsi foto tersebut untuk tontonan umum.

Everything done in the dark will be brought to the light . Have a good day loves ! ✨

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Setiap benda yang dilakukan sewaktu kita susah pastinya akan memberikan hikmah pada masa akan datang. Semoga hari anda semua baik-baik sahaja,” tulis Mimi sebagai kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Mimi memakai tudung berwarna kelabu lengkap dengan jaket kulit hitam.

Difahamkan Mimi mengenakan tudung daripada The Knot Scarves yang merupakan jenama miliknya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memuji penampilan sopan pelakon itu.

“Cantiknya kakak Mimi Lana bertudung,” komen seorang wargamaya.

“Eh Mimi Lana macam Erra Fazira lah!” kata seorang wargamaya.

“Suka sangat dengan Mimi! Cantik dan humble,” puji seorang wargamaya.

“Mirip betul dengan Erra Fazira gitu,” ujar seorang wargamaya.

“Jika Syafiq Kyle tiada di sini untuk melindungi hati awak, sayalah yang akan menggantikannya,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 54,000 tanda suka daripada warga Instagram.