Master Partner yang juga rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu terkilan dengan jawapan balas Rizman Ruzaini berhubung busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson pada Selasa.
BACA: Rizman Ruzaini Terkejut, Tak Tahu Gaun Terdedah Bahu Dipakai Natasha Hudson - “Ia Mencalarkan Imej & Reputasi …”
BACA: "What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..
Nor Shahlina berpendapat sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular itu tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya.
"Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson.
"Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada 'lining' dan bukannya 'bare shoulder'.
"Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia 'back up' dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara.
"Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina," kata Nor Shahlina.
Tegas Nor Shahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat neutral.
"Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.
"Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep customer is always right," katanya lagi.
Terdahulu Rizman Ruzaini mengakui terkejut apabila mengetahui busana rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.
Tindakan Natasha itu disifatkan Rizman telah mencalarkan imej dan reputasi yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.
Selasa lalu, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, menggayakan gaun putih yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White menjadi bualan ramai.
Amri Hassan
Wed Jan 06 2021
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.