Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Macam Justin Bieber Campur Angelina Jolie” - Tular Video Potong Rambut, Netizen Samakan Muka Aisar Khaled Dengan Artis Hollywood

Umirah Halim 18/12/2024 | 14:55 MYT
Personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas wajahnya disamakan dengan aktres Hollywood, Angelina Jolie dan Justin Bieber.

Menerusi hantaran di TikTok oleh Azril Muhammad, video tersebut memaparkan Aisar mahu mendapatkan potongan rambut sempena ingin bertemu bersama ibu kepada ‘influencer’ Indonesia iaitu Fuji.

undefined

“Saya nak potongan Rich Man. Esok ada ibu Fuji, jadi saya mahu awak potong rambut saya bahagian tepi supaya nampak berbeza dan lebih kacak lagi,” ujar Aisar kepada penggaya rambut.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah hasil selepas potongan rambut tersebut di mana wajah Aisar disamakan dengan artis Hollywood seperti Justin Bieber dan Angelina Jolie.

“Macam Angelina Jolie,”

“Justin Bieber Melayu,”

“Macam Justin Bieber campur Angelina Jolie,”

“Macam Angelina Jolie pun ada, dia sesuai rambut panjang sikit macam dulu-dulu.”

Sekadar info, nama Aisar Khaled mula hangat di negara seberang apabila ramai warga Indonesia menyokong hubungannya bersama Fuji.

#Hollywood #Justin Bieber #Angelina Jolie #Muka #Aisar #khaled
;