BIG STAGE S2 BM
“Macam Kakak & Adik, Muka Sama”- Foto Sheryl Shazwanie Bersama Siti Nurhaliza Jadi Perhatian
Foto bintang Big Stage musim kedua (Big Stage 2), Sheryl Shazwanie bersama penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat perhatian ramai.
Foto tersebt dimuat naik sendiri oleh Sheryl menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Sheryl berseloroh turut memberitahu Siti Nurhaliza merupakan kakaknya yang lahir dari ibu yang berbeza.
“Sister from another mother,” tulisnya.
Foto tersebut mencuri tumpuan apabila ramai yang mengatakan wajah dua penyanyi tersebut seiras.
Malah, rata-rata melihat mereka berdua seperti mempunyai pertalian darah, tak ubah seperti adik dan kakak.
“Ni Tok Ti dari masa lampau pergi future ke macam mana?” komen penyanyi Luqman Faiz
“Macam kakak dan adik, muka sama,” komen peminatnya.
“Macam kembarlah,” komen pengikutnya lagi.
Sheryl bakal bersaing dengan 11 bintang lain di dalam Big Stage 2 yang akan bermula pada 18 Ogos ini.

Bintang lain yang turut serta itu adalah Santesh, Irfan Haris, Adzrin, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul, Neeta Manisha, Syada Amzah, Fieya Julia, Chaleeda dan Dinda Permata.
Vivo bertindak selaku penaja utama Big Stage 2 manakala Farm Fresh pula menjadi penaja bersama.

Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).