Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Macam Kang Gary Running Man.." - Shuib Cukur Licin Janggut, Misai, Ramai Puji Nampak Lebih Muda!

ZULHILMI JALIL
10/03/2020 10:04 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu membuat penampilan imej baharu dengan mencukur licin janggut dan misainya.

Perkara itu dikongsikan Shuib, 36, menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Semenjak tak ada misai dan janggut ni rasa macam @aarondwiaziz pun ada, macam @shaheizy_sam pun ada, ishhh mana satu ni? Hahahahha.. tolonglah jangan fitnah!," tulisnya diruangan kapsyen.

Semenjak takde misai dgn janggut ni,rasa mcm @aarondwiaziz pon ada,mcm @shaheizy_sam pon ade,ishhh mana satu ni??? Hahahahha tlg la jgn fitnah!!!! #adidas #honeyjuana @honeyjuana.official

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Bahkan, penampilan barunya yang didedahkan kepada umum sejak semalam itu turut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Ada yang menyifatkan imej tersebut menjadikan dirinya kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.

"Wah bang, muka kau macam zaman muda-mudi.

"Dah togel.

"Perghh...licin misai.

"Muka muda teruk lepas cukur misai," komen sebahagian netizen.

Bahkan, ada yang mendakwa imej baharu Shuib itu menjadikan dirinya kelihatan seperti bintang program Korea, Running Man, Kang Gary.

"Macam Kang Gary Running Man pun ada. Kalau tak kenal, sila Google," tulis salah seorang pengikutnya.

Bahkan, isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin turut menyifatkan suaminya nampak seperti individu asing dalam hidupnya.

"Pulangkan suami saya...", tulis Sarah di ruangan komen.

Ade yg ngantuk ke hari isnin ni??? Klu ngantuk tgk gmbr lama2,insyaAllah hilang terus mengantuk ??? .. . Dengarkan @hotfm976 gaisss,,byk nak borak ni pagi ni @shuk_hotfm @fizie_hotfm #gph #gengpagihot

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Gambar yang dikongsikan Shuib itu menerima lebih 43,000 tanda suka.

Apapun, jangan lupa saksikan program Shuib yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#Pelawak #Kang Gary #Shuib SepahTu #Radio #Kang Gary #Penyampai