Anggota kumpulan JBORN, Vicha mendapat pujian netizen selepas keberkesanannya membawakan watak budak kecil yang nakal, Megat Tron untuk persembahan separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS) Jumaat lalu.

Menurut Vicha, di tidak menyangka ramai yang menyukai karakternya termasuklah juri tetap, Datuk Awie.

“Pada mulanya saya ingin buat watak Dora namun abang Khir dan Joey mencadangkan saya buat karakter yang agak berlainan iaitu menjadi budak kecil yang nakal.

“Saya dah bayangkan karakter itu awal-awal dan mula membuat latihan. Ketika berada di rumah, saya juga membuat latihan di hadapan cermin untuk melihat sendiri mimik wajah dan sama ada jadi atau tidak.

“Bila saya memainkan watak tersebut di atas pentas, tak sangka pula tiba-tiba jadi lain. Rasa macam kena rasuk dengan roh budak kecil pun ya juga.

“Alhamdulillah, saya sendiri pun tak jangka ramai yang sukakan Megat Tron. Insya-Allah kami akan berikan yang lebih baik lagi untuk final Jumaat ini,” katanya ketika ditemui Gempak.


BACA: Penangan Megat Tron, JBORN Dapat Markah Paling Tinggi!

Dalam pada itu, Khir Rahman juga memuji dedikasi Vicha terhadap karakter yang diberikan.

“Kami suruh Vicha cuba watak itu, jadi bila dia buat memang serasi betul dengan dia.

“Kalau nak tahu, sewaktu sesi perbincangan dan latihan bersama, watak itu belum lagi menjadi bagus seperti yang ditonton.

“Tetapi bila persembahan sebenar rasa macam dirasuk roh pula, memang huru-hara. Saya rasa gembira bila watak itu menjadi dan ramai yang suka.

“Saya pun sambil berlakon sambil terkejut melihat Vicha,” katanya ketawa.

Kumpulan JBORN yang dianggotai oleh pelakon Khir Rahman, Joey dan Vicha berjaya melangkah ke peringkat akhir Muzikal Lawak Superstar dengan markah tertinggi 60.36%.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com