“Macam Kopek Nyior!” - Handal, Aksi ‘Jantan’ Che Ta Belah Buah Durian Curi Tumpuan Netizen

Azwa Rahman
Ogos 6, 2021 00:45 MYT
Pelakon Rozita Che Wan mencuri tumpuan ramai apabila handal mengopek buah durian dengan bersahaja dan tanpa menggunakan sebarang kain alas.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dialah yang paling ‘jantan’ dalam hal mengopek buah durian berbanding kaum lelaki yang ada di dalam rumahnya.
Menerusi laman sosial Instagram, Che Ta berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksinya mengopek buah durian dengan sangat mudah dan cepat.
“Siapa hantu durian macam kami? Pantang nampak terus nak rasa. Hampa jangan ingat kami tak reti kupas buah durian tau. Kat rumah ni kami paling jantan daripada jantan-jantan yang ada ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Che Ta mengopek sebuah durian kampung dengan mudah menggunakan sebilah pisau tanpa bantuan sarung tangan ataupun kain alas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya kagum dan tidak menyangka cara Che Ta handal mengopek buah durian memandangkan dia sering memaparkan imej yang sentiasa elegan dan ayu.
Dia pegang durian tu macam pegang rantai emas. Buat biasa je macam PRO,” komen seorang wargamaya.
Che Ta belah durian macam kupas nyior ja haha,” kata seorang wargamaya.
Sempoi Che Ta. Takdak terkemut-kemut nak bukak. Pegang durian pun tak pakai kain, memang sempoi,” puji seorang wargamaya.
Serba boleh hampa. Pandai jahit, pandai masak, pandai OOTD, pandai kopek buah durian,” tulis seorang wargamaya.
Masyallah boleh pulak bukak durian pakai parang macam tu je. Serba boleh noo, kalau mai kat cek, habis calaq sana sini,” ujar seorang wargamaya.
Selalu tengok Che Ta mendiva ja. Sekarang baru tau Che Ta lagu mana. Terbaiklah Che Ta. Melawa pun melawa, tapi tang lain pun pro jugak,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada wargamaya.
#Rozita Che Wan #Buah durian #Pelakon jelita