Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Macam Lisa Blackpink! Nabila Razali Tayang Bakat Menari... Ramai Saran Masuk Dansa Dan Sing

Azwa Rahman
30/01/2020 09:56 MYT
Penyanyi Nabila Razali menarik perhatian wargamaya dengan kemahirannya lincah menari.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, memuat naik sebuah video tariannya bagi mempromosikan sebuah iklan untuk tatapan umum.

Dari perkongsian tersebut, Nabila yang berbaju dan tudung jingga kelihatan bertenaga menari dan gayanya sama seperti Lisa Blackpink.

Join me #DanceAwesome to the Galaxy A jingle. Dance like Blackpink! #GalaxyA #GalaxyAwithBlackpink #GalaxyA51 #GalaxyA71 @samsungmalaysia

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on


Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti terkejut melihat kemahiran Nabila menari sehingga merasakan dia layak untuk menyertai program tarian dan nyanyian Dansa Dan Sing.

“Kalau nak join Dansa Dan Sing, roger i. I boleh jadi penari,” tulis penyampai radio Falyq Hikyle.

“Wow hebatnya kamu, yakinnya kamu!” kata penyanyi Hael Husaini.

“Wow, Dansa Dan Sing ke ni?” tanya pereka fesyen Hatta Dolmat.

“WAHHHH SISTURRR!” komen penyanyi Ismail Izzani.



Video tarian tersebut sehingga kini telah menerima hampir 200,000 tontonan di Instagram.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Selebriti #Menari #Bakat
;