Pelakon Ardel Aryana akui berasa gementar menanti detik kelahiran cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ardel berkongsi perasaannya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Ardel, dia tidak dapat menahan diri untuk memikirkan kebarangkalian situasi yang mungkin dihadapi olehnya.

Menerusi enteri itu juga Ardell berharap ibu-ibu hamil lain dapat berkongsi pengalaman mereka.

“Secara jujurnya saya berasa takut untuk bersalin dan ya, sepanjang tempoh kehamilan saya asyik kerap berfikir dan akhirnya air mata tumpah sendiri menangis.

“Macam-macam bermain di otak. Antara salah satunya macam mana kalau tiba-tiba terberanak dekat dalam kereta atau air ketuban tiba-tiba pecah sendiri?

“Lepas itu macam mana agaknya suasana (masuk bilik bersalin nanti) macam mana rasa sakit saat tu? Kalau semua ibu-ibu tak kisah, boleh kongsi pengalaman bersalin? Sebab lain orang lain pengalamannya.

“Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni (biasa lah time hujung-hujung ni lah emosi pasang surut), kadang gelak, kadang menangis, kadang marah, kadang pengsan, kadang malas melampau, kadang asyik nak tidur je,” kongsinya.

Bismillah Good Morning ?, Honestly... im so scared to give birth ??. And ya during my pregnancy journey , i keep on thinking thinking and thinking ? and end up air mata tumpah sendiri nangis ( Ceh ! ) ?, macam- macam la bermain di otak .Antara salah satu nya , Macam mana kalau tiba2 terberanak kat dalam kereta / air ketuban tiba2 pecah sendiri ? Pastu macam mana agak nya suasana ( masuk labour room nanti ) macam mana rasa sakit saat tu ??? . Kalau semua ibu-ibu tak kisah , boleh share pengalaman bersalin ? Sebab lain orang lain pengalaman nya ( mata ni rajin nak membaca pagi ni ) sambil tangan mengait 1st batch yang oder topi baby ? . Sharing dari anda mungkin , Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni ( biasa lah time hujung2 ni la emosi pasang surut ) ?kadang gelak, kadang nangis, kadang marah, kadang pengsan , kadang malas melampau , kadang asik nak tidur je .. macam2 kadang-kadang yang terjadi ? .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on


Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 dan suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September2019.