Hiburan
“Macam Mana Kalau Tiba-Tiba Bersalin Dalam Kereta?” – Ardell Aryana Gementar Tunggu Masa
Pelakon Ardel Aryana akui berasa gementar menanti detik kelahiran cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Ardel berkongsi perasaannya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Ardel, dia tidak dapat menahan diri untuk memikirkan kebarangkalian situasi yang mungkin dihadapi olehnya.
Menerusi enteri itu juga Ardell berharap ibu-ibu hamil lain dapat berkongsi pengalaman mereka.
“Secara jujurnya saya berasa takut untuk bersalin dan ya, sepanjang tempoh kehamilan saya asyik kerap berfikir dan akhirnya air mata tumpah sendiri menangis.
“Macam-macam bermain di otak. Antara salah satunya macam mana kalau tiba-tiba terberanak dekat dalam kereta atau air ketuban tiba-tiba pecah sendiri?
“Lepas itu macam mana agaknya suasana (masuk bilik bersalin nanti) macam mana rasa sakit saat tu? Kalau semua ibu-ibu tak kisah, boleh kongsi pengalaman bersalin? Sebab lain orang lain pengalamannya.
“Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni (biasa lah time hujung-hujung ni lah emosi pasang surut), kadang gelak, kadang menangis, kadang marah, kadang pengsan, kadang malas melampau, kadang asyik nak tidur je,” kongsinya.
Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 dan suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September2019.
Must-Watch Video