Viral
"Macam Mana Nak Makan Tu?" - Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi
Unik dan eksotik! Pelakon genit Nad Zainal yang sedang bercuti di New Zealand berkongsi pengalamannya merasa aiskrim sotong gergasi.
Aiskrim yang dibelinya dari sebuah kedai manisan popular di New Zealand itu berbentuk sama seperti seekor sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.
Perkongsian Nad memegang aiskrim tersebut mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Yasmin Hani dan Hairul Azreen.
Dek kerana bentuknya yang mirip saiz sebenar seekor sotong gergasi, ada segelintir peminat yang bertanyakan cara untuk menikmati hidangan itu.
"Macam mana nak makan tu? Nak mula bahagian mana dahulu?" soal @maisarahyacob.
"Hati-hati Nad, nanti merayap pula sotong ke jalan raya. Jenuh nak kejar," tulis @along_zuedah.
"Menyeramkan aiskrim dia," tambah @haslindanurung_.
Restoran Giapo yang terletak di Auckland, New Zealand itu terkenal dengan ciptaan aiskrim yang kreatif, unik dan tersendiri.
Giapo satu-satunya restoran yang menyajikan hidangan aiskrim menggabungkan teknologi, seni dan sains.
Reka bentuk aiskrim sotong gergasi itu menggunakan teknologi pencetakan tiga dimensi dan bahagian tentakel dihasilkan berongga bagi mengelakkan ia patah.
Selain menikmati pelbagai hidangan menyelerakan di New Zealand, Nad turut mencuba aktiviti lasak seperti sky jump.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nad.zainal