Hiburan

Macam Mana Nak Rasa Seronok Pergi Pejabat?

gempak
Fiza Kamarudin
18/06/2020
11:28 MYT
Sponsor Banner
Macam Mana Nak Rasa Seronok Pergi Pejabat?
Pernah tak korang rasa seronok dan terinspirasi nak pergi kerja. Pendek kata, setiap hari melangkah kaki ke pejabat tu rasa bahagia, rasa positif je…
Sebenarnya semua orang pun boleh dapat suasana dan aura yang best di pejabat kalau persekitaran kerja tu sihat.
Persekitaran yang sihat memang dapat meningkatkan motivasi dan kebahagiaan pekerja secara automatik tau! Selain tu produktiviti juga akan meroket!
So, apa kita perlu buat?
#1 Persekitaran fizikal yang positif Ia lebih menyeronokkan dan kurang tertekan untuk pergi bekerja dalam persekitaran yang penuh dengan sifat positif. Persekitaran kerja yang positif bukan sahaja penting untuk kesejahteraan fizikal, mental dan emosi kita, tetapi juga penting untuk peningkatan tahap produktiviti.
Ini adalah kerana mereka yang berasa lebih baik di tempat kerja, semakin tinggi kemungkinan dia untuk berfungsi pada tahap yang optimum dan berdedikasi dengan pekerjaannya. Cara untuk mewujudkannya: Mempunyai persekitaran kerja yang bersih dan selesa dengan cahaya matahari yang mencukupi dan perabot yang santai.
Mempunyai beberapa tumbuh-tumbuhan hidup di pejabat kerana kajian saintifik telah membuktikan manfaat mempunyai lebih banyak tumbuhan hijau di pejabat kerana manusia mempunyai keperluan semula jadi untuk dekat dengan alam, yang mana para saintis merujuknya sebagai ‘biophilia’.
#2 Rakan-rakan yang memberi sokongan dan empati Memupuk nilai-nilai empati dan sokongan terhadap satu sama lain di pejabat menunjukkan bahawa anda bukan sahaja peduli dengan kemajuan perniagaan, tetapi juga anda peduli dengan kesejahteraan pekerja dan rakan-rakan anda.
Budaya tempat kerja yang menyokong dan mengambil berat adalah salah satu aspek persekitaran kerja yang lebih sihat. Cara untuk mewujudkannya: Memupuk persahabatan yang bermakna di tempat kerja, meraikan ulang tahun kelahiran, menganjurkan aktiviti pot-luck, menganjurkan team-building, menunjukkan keprihatinan dan belas kasihan terhadap satu sama lain. Mengamalkan kemurahan hati, penghargaan, ketulusan dan pengesahan.
Macam dalam sitkom komedi How Not To Lose Your Job, walaupun tahu pejabat mempunyai masalah Miss JJ, Amu, AM Fansuri, Lola, Julian, Hup Hee dan Mimi Haris tetap datang ke pejabat.
Kerana mereka sedar persekitaran kerja yang sihat dapat memupuk kepuasan pekerja dan produktiviti yang lebih baik. Win-win situations la untuk mereka dan Boss!
Dalam episod tiga, Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng), Julian (Charles Robert), Amu Ratnam (Sukania Venugopal) dan Mimi Haris (Ellyza Azizi) berusaha mencari nama baru untuk portal online mereka.
Agak-agak berjaya tak usaha mereka semua nak selamatkan pejabat dan meyakinkan Boss (Che Kem)?
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 3 - Nasib Boleh Diubah 15 Jun 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live