Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Macam Mana Nak Sekolah Nak Oi” - Lan Solo Tahan Sebak Anak Menangis Sekolah Tutup

Azwa Rahman
30/06/2021 14:20 MYT
Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa sebak apabila anaknya Nur Aman Quxandra menangis gara-gara mahu pergi ke sekolah.

Menerusi laman sosial Instagram, Lan berkongsi sedutan video yang diambil daripada Instagram isterinya, Nur Sheila Hassim untuk tatapan umum.

“Anak aku dah rindu sekolah weh. Kes tak turun-turun lagi. Macam mana nak sekolah nak oii.. Daddy pun tak tahu sampai bila,” tulis Lan di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 57 saat itu, Sheila terpaksa membawa anaknya yang lengkap memakai pakaian seragam dan beg ke sekolah namun ia ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown).

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)


Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan memahami perasaan anaknya yang sudah bosan kerana terpaksa duduk di rumah.

“Siannya wehh, sabar la sayang, acik pun tak dapat pergi sekolah mengajar ni. Anak-anak murid pun mengadu bosan,” komen seorang wargamaya.

“Budak pun tahu boring, apa lagi kita yang tua ni asyik PKP 1000 kali,” luah seorang wargamaya.

“Allahuakhbar, siannya budak pun tahu bosan nak pegi sekolah jumpa cikgu dan kawan-kawan,” ujar seorang wargamaya.

“Kita pun sebak kalau anak macam ni. Faham sangat, anak-anak rindu sekolah weh,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 35,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun.
#Anak Selebriti #Lan Solo #Total Lockdown
;