Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Macam Mana Nak Uruskan Perniagaan Mama Kalau Mama Pergi?” - Tiada Bapa, Cik B Takut Kehilangan DSV

Azwa Rahman 16/06/2020 | 08:28 MYT
Usahawan muda terkenal Cik B meluahkan rasa gusarnya apabila terbayang keadaan jika ibunya Datuk Seri Vida (DSV) sudah tiada.
Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi kegusaran itu untuk tatapan umum.
“Satu hari nanti, anda terpaksa berdepan dengan kesakitan kehilangan ibu. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Cik B terpikir macam mana cikb nak terus kan perniagaan mama? Cik B takde ayah. Staff mama ramai camna Cik B nak urus? Produk mama banyak camna Cik B nak jual? Siapa yang akan jaga Cik B? amanah ke mereka?” tulis Cik B menerusi satu kicauan.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang cuba menenangkan Cik B dengan memberikan kata-kata positif.
“Dalam setiap perjalanan dan rintangan ada hikmahnya. Tuhan tak uji selagi belum bersedia,” tulis seorang wargamaya.
“Awak terlalu muda untuk merisaukan soal kehidupan. Tapi okay je kalau kadang-kala terlintas. Buatkan awak lebih sedar dan matang. Tapi jangan biarkan fikiran negatif menguasai awak dan buat awak putus asa. Awak gadis yang kuat, sama macam mak awak,” kata seorang wargamaya.
“Cik B jaga diri baik-baik ya,” pesan seorang wargamaya.
“Cik B boleh cuba untuk mula dari bawah macam jadi staff DSV dan dari situ Cik B boleh belajar dari A sampai Z, sampailah Cik B tahu semua operasi empayar DSV. Mula sebagai staff kemudian baru jadi boss,” cadang seorang wargamaya.
“Yup, hargailah selama mereka masih ada,” ujar seorang wargamaya.
“Sakit kehilangan tu biasa, boleh diubati dengan rasa reda pada takdir dan ketentuan Allah SWT. Sakit kehidupan tanpa orang tersayang ni selamanya paling sakit. Semoga Allah permudahkan urusan Cik B,” luah seorang wargamaya lagi.
Selain Cik B, DSV turut mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 12, yang lebih dikenali sebagai Kacak.
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Kacak #Cik B
;